Kongsi ILMU
Hanya sekadar berKONGSI ILMU...
Saturday, January 7, 2012
Tuesday, June 21, 2011
Microsoft Word - Buat Isi Kandungan
Aku memang tak expert sangat bab Microsoft word nie….tapi sekadar ingin berkongsi ilmu apa salahnya kan. Sebelum nie aku hanya guna word nie sekadar buat dokumen ringkas aje tapi bila sambung belajar nie aku mula terpaksa banyak guna word untuk membuat tugasan. Bila aku download contoh-contoh tugasan pun aku dapati ramai yang tak berapa tahu macam mana nak guna ISI KANDUNGAN (table of contents) yang sememangnya telah sedia ada di Microsoft word.
Langkah-Langkah
1. Highlight – tajuk utama
2. Tekan ‘REFERENCES’ – lihat sebelah kiri sekali bahagian Table of contents.
3. Tekan Add text dan pilih level 1(tajuk utama)
4. Ulang pada tajuk yang lain.
5. Bagi tajuk kecil pulak, tekan LEVEL 2
6. Bila dah semua telah siap dibuat, kita boleh lihat hasilnya kat sebelah kiri panel.
7. Seterusnya kita pi ke page kosong sebelum page 'pengenalan' tadi.
8. Untuk buat isi kandungan, tekan 'Table of Contents' seperti kat bawah nie pastu tekan 'insert Table of Contents'
9. Satu form baru akan keluar mcm kat bawah nie...pastu tekan OK ajelah.
10. Akhirnya siap kita punya ISI KANDUNGAN... yang lain tu korang pandai2 lah taip dan ubah sendiri mana yang patut, yang penting muka surat tu secara AUTOMATIK tertaip...
11. Sekiranya berlaku perubahan jangan lupa korang update table... SELAMAT MENCUBA!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)